~Janji Allah adalah kepastian dan nikmat syurga adalah indah~

Wednesday, May 4, 2011

wardah!!

"wardah!"lamunan wardah terhenti. Ariana dari tadi hanya memerhatikan gelagat wardah yang asyik termenung saja.
"enti kenapa? ada masalah? kalau ada masalah, cerita pada ana." Ariana adalah sahabat Wardah yang selalu ada di sampingnya. Wardah merupakan Ketua Asrama Puteri. Keadaan sebegitu selalu sahaja terjadi pada Wardah. Ariana yang merupakan Biro Kerohanian sudah dapat membaca apa yang ada difikiran Wardah.

"sila bangun siapa yang tidak turun solat subuh di musolla pagi tadi?" Riak muka Wardah serius, namun penghuni asrama puteri amat memahami watak Wardah. di luar tugasannnya dia seorang peramah dan sedaya upaya menjadi yang terbaik pada ahli penghuni aspuri. Ternyata masih ramai lagi yang masih tidak turun solat berjamaah di musollah. mereka hanya solat di dalam dorm. Ariana tahu Wardah kecewa dengan sikap pelajar aspuri.
"tidak mengapa, biar ana uruskan." Ariana mengambil alih memandangkan pagi itu Ariana yang perlu mengendalikan perjumpaan tersebut. tiap hari ahad, pelajar aspura dan aspuri akan mengadakan perjumpaan asrama. pada hari itu jugalah segala agenda akan terungkai.

'Piap!!! kejutan roti panjang ustazah fatimah hinggap di kaki pelajar yang melakukan pelbagai kesalahan. bawa barang haram, tak solat, dorm kotor, tugasan tak dijalankan dan macam-macam lagi.  Sebenarnya Wardah sudah tidak mahu melihat pelajar aspuri dirotan hanya kerana masalah kecil yang mereka sebenarnya boleh mengatasinya.

"Ariana, ana rasa kita perlu lakukan sesuatu. jikalau hanya rotan saja tiap-tiap minggu, ana rasa ia hanya menimbulkan tidak puas hati dalam diri mereka. Em, jadual usrah mereka sudah diatur Ariana?"

"sudah, ana cuma tinggal untuk tunjukkan pada ustaz Taufik saja. Beliau mahu lihat kertas kerja kita dan senarai pelajar-pelajar mengikut majmuah. Ana sudah selidik segala maklumat pelajar aspuri. pelajar aspura ana sudah minta saudara Anas uruskan."Jelas Ariana dengan penuh padat. Gayanya tetap seperti seorang pemidato memandangkan Ariana adalah wakil sekolah. Inilah yang membuatkan Wradah sering ketawa melihata gelagat sahabatnya itu. watak berbeza namun pemikiran sama. Wardah seorang yang tegas dalam segala kerjanya. begitu juga Ariana. Namun Ariana agak seorang pendiam apabila berhadapan dengan pelajar aspura. Ariana akan tunduk, jikalau boleh sampai mencecah bumi.

........................................................................

Rutin Wardah. Selesai solat subuu di musolla, Wardah siap mengenakan baju pengawasnya. Dia akan turun untuk melihat pengawas mana yang akan bertugas. Jam menundukkan jam 6.30 pagi. Wardah memikirkan untuk pergi sarapan atau tidak.

"Hari ini nasi lemak, pasti aku mengantuk dalam kelas."bisik hati Wardah.

"Eh, aku kan puasa!" jerit wardah. Namun tidak didengari sesiapa.

"Asrama tak check lagi. Jam dah pukul 7.00." Wardah mencari kelibat Aina dan Maiza memandangkan hari ini mereka berdua yang bertugas memastikan asrama bersih dan pelajar aspuri melakukan tugasan. Di aspuri, jadual membersih asrama diatur mengikut dorm. Ia diaturkan oleh Biro Kebersihan dan Keceriaan.

"Hah, itu mereka. Alhamdulillah mereka ingat."ngomel Wardah. Wardah mencapai buku yang diletaknya atas koridor lalu turun menuju ke kelas. Kelas 5 Abu Bakar As-Siddiq. Bukunya sentiasa penuh di tangannya. itulah Wardah. Prinsip Wardah memang begitu. Apabila tiba waktu lapang atau guru tidak masuk ke kelas, buku itu menjadi sahabt-sahabatnya. Buku-buku latihan SPM pelbagai subjek. Itulah kejayaan Wardah yang membuatkan dia adalah pelajar cemerlang setiap tahun.

Jam sudah mencecah 7.10 pagi. lagi 5 minit untuk ijtimak. Wardah meminta sahabat-sahabat pimpinan untuk membantunya mengerahkan pelajar SMA Maahad Al-Mizan unutk berada di tapak perhimpunan.

Setengah jam berlalu. Selesai ijtimak pelajar-pelajar menuju ke kelas. Tidak pada Wardah. Arahnya ke asrama puteri. Itulah yang akan dilakukan oleh Wardah sebagai Ketua Aspuri. Dia ingin memastikan aspuri sentiasa bersih. kalau tidak, Wardahlah orang pertama yang akan dipanggil.

"Alhamdulillah, makin baik tahap kebersihan mereka." Wardah senyum sendirian.

"Alamak, jam dah pukul 8.00! pagi ini subjek Matematik! Habislah aku! Wardah berlari menuju anak tangga. Tiba sahaja di hadapan kelas, Cikgu Haniza memandang tajam ke arah Wardah. Wardah tercungap-cungap. wardah tahu, dia sudah mengambil waktu Cikgu Haniza 20 minit. peraturan Cikgu Haniza tidak boleh lambat 10 minit!!

"Wardah!" Cikgu Haniza memanggilnya dengan nada keras.

bersambung.......