~Janji Allah adalah kepastian dan nikmat syurga adalah indah~

Monday, March 14, 2011

bagaimana?

mata pena masih berjalan-jalan atas lembaran kertas....
minda masih berputar-putar memikirkan jalan dakwah yang masih jauh perjalanannya..
semakin hari, semakin kurang kader dakwah yang memikirkan jalan dakwah..
semakin hari semakin kikis semangat dakwah dalam diri insan yang bergelar pejuang..
dimana harusku mencari benih untuk menyuburkan kembali akar-akar yang telah mati,
akar yang mati telah melahirkan bunga-bunga yang telah layu...
subhanaAllah... adakah kemanisan madu dakwah makin hilang?
tidak mungkin...jangan disalahkan madu! salahkan pada lidah yang merasa!
pena menulis dua patah kata. 'satu hati'. 
ya, satu hati. masih berlegar-legar lagi di fikiran adakah hati sudah berbelah bahagi dan tidak menjadi satu?
air mata jatuh berderai tatkala merasai kepedihan kaca hati yang pecah berderai. kukutip ia namun ia berderai semula. ku cuba sedaya upaya menyambung kaca hati itu semula namun aku tidak mampu. tiba-tiba rantai kasih sayang yang ku pakai telah putus. tidak! ku sambung semula ikatan rantai kasih namun tidak boleh juga. ya Allah, kaca hati-kaca hati yang ku miliki atas jalan dakwah ini amat berharga buatku. kaca hati itu adalah sahabatku. tidak mungkin aku membiarkan ia berderai begitu sahaja. walaupun ia mengambil bertahun-tahun lamanya untuk bercantum, ku rela ya Allah. aku inginkan mereka memahami erti juang yang sebenar. aku tidak sanggup melihat mawar-mawarku dihiasi dengan rungutan, dendam, dan hati keras. lembutkanlah hati mereka agar ia lembut darim kelopak bunga mawar..


ku juga menyayangi rantai kasih sayang yang ku miliki bersama mereka. biarpun ia putus namun ku cuba sedaya upaya mencantumkan ia semula.. wahai mawar-mawarku, ketahuilah, jalan juang kita semakin hari semakin mencabar. persiapkanlah dirimu semua agar mampu meredah badai ombak ujian. bersangka baiklah dengan apa yang Allah aturkan. Allah bukan ingin membebankanmu bahkan Allah menyayangimu.. mawar-mawar kesayanganku.. yakinlah dengan Allah dan yakinlah dirimu adalah mata rantai yang menyambung perjuangan Baginda s.a.w..


mawar hijau~

Saturday, March 12, 2011

mujahidah sejati.. subhanaAllah...

subhanaAllah...dipetik dari sirah Nabi s.a.w


dari pandangan matanya, ada sinar yang bercahaya..
tutur katanya lemah lembut namun itu zahirnya sahaja..
beliaulah mawar muslimat yang berani.. KHAULAH BINTU AZWAR..
serikandi ummat, mujahidah yang menyerikan taman mawar syurga..
mkhaulah seorang yang memiliki fizikal dan jiwa yang kuat..., pandai bermain pedang,
tombak semenjak kecil..
maka Baginda s.a.w memberi jaminan kpd khaulah untuk menyertai perang bersama sof2 muslimin..


semasa berperang dengan rom, khaulah menggemparkan seluruh angkatan tentera dgn ketangkasan beliau.. meluru dalam pakaian hitam, sekali libasan pedang beliau mampu 
menumpaskan 3 musuh..subhanaAllah..
panglima Khalid Ibnu al-Walid serta seluruh tentera tercengang melihat kehebatan beliau..
mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebutyang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja..
apabila mengetahui itu adalah wanita, semangat tentera muslimin membara..
akhirnya tentera muslimin mampu menewaskan tentera  musuh...


dalam sebuah peperangan Sahura, khaulah dan beberapa mujahidah dikurung dan dikawal rapi..
namun jiwa khaulah hidup dan yakin mereka mampu menyelamatkan diri..
maka beliau memberi semangat kepasa sahabat-sahabat dan membakar api kekuatan dan akhirnya mereka mampu menyelamatkan diri..mereka rela syahid menentang pengawal2 jika ditakdirkan gagal...namun berkat kekuatan dan doa serta bantuan Allah, mereka selamat..
khaulah sempat berpesan pada mereka, 'janganlah kamu gentar dan takut, kita semua harus bersatu dan jgm ada yg terkecuali..patahkan tombak mereka..hamcurkan pedang mereka...perbanyakkan takbir kepada Allah... insyaAllah pertolongan Allah sudah dekat'.
begitulah semangat seorang mawar pejuang yang harus ada pada setiap muslimat perindu syurga yang mengharapkan keredhaanNya..

Thursday, March 10, 2011

ujianku (^_^)

2:09 AM / 11 mac 2011


mahalnya ukhwah kami dalam menyusuri jalan dakwah ini...


minda bermain-main...bermain dengan pelbagai perasaan, andaian dan hakikat..
sudut luputkah kasih sayang? dimana keikhlasan dalam hati2 yang sedang berjuang?
hilangnya kasih sayang, hilanglah segala-galanya...
hilang kasih manusia, tidak mengapa kerna ku  hanya mengharap kasih Ilahi..
hilangnya cinta Allah, ia amat menyakitkan bagiku...
namun sakitnya hatiku apabila diri ini tidak mampu melahirkan kasih sayang pada anak-anak juangku..
diri ini gagal menanam kasih sayang dalam hati sahabat-sahabatku...
diri ini gagal....
ya Allah, ku mohon ya Allah..
satukan hati kami dalam jalan juangMu...
satukan kasih sayang kami dalam naungan kasihMu...
tanamkanlah akar keikhlasan dalam lubuk hati2 kami agar ia menjadi kukuh seperti akar yang mencecah bumi..
suburkanlah ia seperti Kau menyuburkan tanaman2 yang menghasilkan buah yang sangat ranum...
pautkanlah hati dan kasih sayang kami agar sentiasa bertaut seperti mana akar2 yang menjalar...
kuatkan hati kami agar ia kuat dan mampu melawan arus deras dan ombak lautan...
sinarilah hati kami dengan nur cahayaMu sepertimana muncul sang mentari menerangi kegelapan malam..
dan redupkan hati kami dengan kasih sayang dan mahabbah dariMu..
sesungguhnya aku amat sedih jika tiada sedikit pun kasih sayang antara kami tatkala sedang menyusuri jalan dakwah bersama...aku tidak mampu mengambil hati mereka kerna ku tahu hati mereka milikMu ya Allah..
namun berilah peluang dan kesempatan padaku untuk membetulkan kembali, untukku melakar kasih dan sayang dalam hati kami agar ia sentiasa bertaut demi meneruskan jalan juangMu dalam menegakkan Islam di seluruh alam...wassalam..


 ~mawar~