~Janji Allah adalah kepastian dan nikmat syurga adalah indah~

Tuesday, May 15, 2012

buat mawar...

ya Allah, takutnya hati ini menjadi gelap tanpa disedari.... hati ingin menjadi sangat menjadi wanita pendamba cinta Ilahi.. tapi mengapa selalu sahaja tewas.. di kotak minda ku ligat berfikir, adakah hidupku kurang barakah?? hati lusuhku merasakan diri ini selalu sahaja lemah, hina.. ya Allah, bagaimana untukku thabat.... bantuku ya Allah... aku tidak mahu menjadi fitnah dunia...


"Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.

Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.

dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...."


Monday, April 30, 2012

cinta bukan melemahkan, tetapi menguatkan, cinta bukan menghembuskan kelemahan, tapi menghembuskan kegagahan, maka hargailah cinta Allah yang hadir~ (^_^)

Friday, April 27, 2012

indah dunia dihiasi wanita menjaga syariat, maka indah dunia tanpa fitnah wanita =)

Umi menyarung jubah yang sudah disiapkan awal pagi tadi sebelum si kecil Hamra' itu bangun. Namun tanpa umi sedar, gelagatnya diperhatikan oleh si kecil Hamra' itu.. Dia melihat dan memerhatikan Uminya. Otak kecilnya ligat berfikir, umurnya yang baru 3 tahun sudah mampu meniru Uminya.
 "Umi....Umi....".. Umi terhenti mengemas lipatan tudung labuhnya..
Dilihatnya si Hamra' mahu didukung... =) Hamra' tersengih-sengih melihat Umi yang sangat cantik.. Tiba-tiba Hamra' bersuara..
"nak.." sambil memegang tudung Umi....
"Hamra' nak pakai macam Umi?".. Hamra' angguk dalam keadaan masih mamai...hehe
Umi mencapai kotak pakaian Hamra' lalu dicapai tudung kecilnya...ada jahitan kartun Rabbit kesukaan Hamra'...pelbagai koleksi tudung Hamra'..ada yang kartun Hello Kitty, ada yang bunga-bunga..semuanya dipililh oleh Hamra' sendiri. =)
"Hari ni Hamra' jalan2 pakai tudung ye..cantik..."
Hamra' riang melihat dirinya seanggun seperti Uminya walaupun belum mandi...hihi..
Umi mengenakan mini jubah setelah hamra' mandi...hamra' sudah pandai membersihkan diri..
semuanya diajar oleh Uminya setelah Hamra' berusia 3tahun... indah sungguh akhlak ibu ini..
pagi itu Hamra' dan Umi bersiar-siar di taman..

(Dakwah ibu bapa kepada anak-anak sangat penting semenjak kecil)

melihat si kecil Hamra' sungguh terharu..hati si kecil sudah terdetik ingin mengenakan jilbab, bagaimana pula dengan orang dewasa mahupun tua? tidak tercabar oleh si kecil Hamra' ini???? sama2 koreksi diri... kan cantik andai si ibu dan si kecil sama2 mengenakan jilbab??? =) akan indah dunia jika dihiasi wanita menjaga syariat,.....wassalam... mawar hijau... ~

Friday, April 20, 2012

kehidupan manusia sangat istimewa berbanding makhluk-makhluk yang lain. kurniaan akal oleh Allah adalah satu nikmat bukti cintaNya pada hambaNya. namun sejauh mana kita menghargai cintaNya?

seorang ayah....
'pergi sekolah blajaq elok2'... jangan main-main.. (pesanan seorang ayah sebelum menghantar anaknya ke sekolah). ketika dalam perjalanan menghantar anaknya, di lampu isyarat, motor yang sudah lusuh tidat dapat dihidupkan. si ayah cemas. namun si kecil yang baru mengenal alam persekolahan hanya mampu melihat,tidak mengerti.
'kejap ye hadi. ayah tak tahu kenapa dengan motor ayah.' namun si anak merengek mahu cepat ke sekolah. tidak memahami lagi. si ayah akhirnya menolak motor sehingga sampai ke sekolah. dia tidak mahu anaknya kecewa. tatkala sampai ke sekolah, si ayah lelah dan kepenatan. namun dia gembira melihat anaknya selamat sampai ke sekolah. - kasih seorang ayah, amat bermakna. sedihnya tidak terzahir, namun ia terlakar di hati nalurimu wahai ayah. terima kasih membesarkan kami dan membanting tulang mencari rezeki. andai kami pernah melukakan hatimu, maafkanlah kami wahai ayah. saya tujukan kepada abah saya Bukhari bin Ismail yang terpaksa berkorban berjauhan dengan emak, semata-mata mencari rezeki untuk menyara anak-anaknya. terima kasih juga buat emak tercinta, Norsiah Mohd Nayan yang tabah menghadapi kerinduan.

Saturday, April 14, 2012

BaHaGia Itu TErleTak di Hati. JiKa HaTi Ingat Allah dan CinTa Allah, ItuLah BahAgia YaNg HaKiKi =)

Friday, March 9, 2012

kemaafan dan kurniaann

peristiwa kemalangan bulan lepas masih segar dalam ingatn wardah. sehinggakan mereka tidak menruskan perjalanan. tak mengapa. bulan ni bulan yang sungguh mendebarkan. bulan wardah akan menduduki exam SPM. mujurlah wardah menginap di asrama, study tidak terganggu. maka, ramailah guru-guru akan membuat kelas tambahan. jadual sungguh padat. minggu tersebut sunyi. sepanjang kelas 5 Abu Bakar dan 5 Umar hanya kedengaran bunyi kipas. hanya di blok tingkatan bawah sahaja yang riuh rendah. kali ini wardah tidak lagi meronda, ibarat sudah pencen..hehe.. kebiasaannya wardah akan meronda di seluruh blok. jika tdak sempat, pasti Arianna yang membantu. paling menakutkan adik-adik adalah ketua disiplin muslimat, asmahanim. adik-adik akan menghafal pngawas mana yang akan bertugas. apabila mengingati kak asmahanim yang bertugas, pasti senyap, sepi. wardah tidak digeruni, tetapi dihormati. masing-masing menjadikan wardah sebagai ikon. pernah junior-junior mengutuk tudung wardah seolah telekung..huhu.. wardah tidak peduli, dia tidak memarahi. tetapi selepas itu junior yang mengejeknya yang melabuhkan tudungnya berbanding sebelum ni.. alhamdulillah..

kring!!!!!!!

"kak wardah, boleh Nadia cakap sikit?" pengawas junior tingkatan 3, tiba-tiba muncul setelah wardah da arianna ingin keluar minum petang.

"ye Nadia, ada apa dik?" wardah bawa Nadia jalan bersama menuju ke kantin sambil menceritakan apa yan terjadi.

"kenapa kak wardah senyum?" hairan melihat Wardah dan Arianna bersahaja. bagi Nadia, soal membawa benda haram seperti handphone, mp3, barang make up, dan macam-macam lagi memang berat.

"Nadia jangan risau. Semalam akak jumpa warden, warden cakap malam ni kita buat checking dengan cikgu Nik, Guru HEM, merangkap guru displin.

"owh, patutlah akak senyum. ok, nadia simpan rahsia ni ek."

mereka jalan bersama untuk minum petang sementara menunggu waktu asar.

.............................................................................

"eh, kau tak takut phone kau kena rampas?" tanya Shila pada rakannya, Qistina. pelajar paling bermasalah.

"alah, nak takut apa. kak wardah dengan geng2 dia kan nak SPM, dah tak ambil tahu tentang semua ni. kalau kena rampas, ayah aku boleh belikan lagi."

"tapi aku rasa serba salah. hati aku tak tenang buat semua ni. salah tau Qis." cuba mengajak Qistina untuk berubah.

"Shila, kau jangan nak ajar aku. aku punya hal, kau jangan masuk campur." meninggikan suaranya, satu bilik terkejut.

"Baik, aku takkan masuk campur. aku nak belajar, jadi pelajar yang ikhlas. aku bersalah pada kak wardah. Shila teringatkan peristiwa mereka menganiyai Wardah gara-gara wardah pernah merampas phone dan mp3 mereka. akibatnya, mereka menyonteng buku tulis  wardah, menukarkan shampoo kepada sabun kain. semua itu amat menyedihkan wardah. namun wardah tidak membesarkan hal ini.

"ya Allah, aku bersalah. aku harus meminta maaf pada kak wardah." hatinya berbisik.

Dia terus menuju ke BPA (bilik pimpinan asrama). namun tiada siapa di dalamnya. tiba-tiba dia ternampak kak wardah di halaman asrama sedang menghafal surah.

"salam kak." wardah tidak menjawab.

"kak...." sambil memegang bahu Wardah.

"ye..."wardah membuka mata.

"maaf dik, akak tak perasan."

"akak khusyuk sangat." gurau Shila.

wardah hairan, selama ni Wardah tahu siapa yang cuba mengaiyainya..

"Shila nak minta maaf ek, selalu buat salah dengan akak." Shila memulakan.

"tak apa dik, akak faham. akak tak marah, akak buat semua tu sebab sayang pada adik-adik."

"terima kasih kak. kak, jom main badminton?" Shila atlet sekolah. begitu juga Wardah. kedua-duanya wakil sekolah badminton. petang tersebut mereka bermain bersama. Wardah pula sudah lama sangat tidak bermain sejak exam makin hampir.

Wardah syukur, berkat kesabarannya, Allah telah melembutkan hati seorang hamba. Wardah tahu dalam diri tiap manusia, wujud cahaya insaf. namun ia terhalang oleh kegelapan yang menguasai hati. ia adalah satu kurniaan yang amat dinanti oleh wardah. dan berkat memaafkan orang lain, ia juga telah dijadikan contoh oleh adik-adik di sekolah. terima kasih Allah.... =)

life of muslimah

TERBAIK ^_^
Tambah kapsyen