~Janji Allah adalah kepastian dan nikmat syurga adalah indah~

Friday, March 9, 2012

kemaafan dan kurniaann

peristiwa kemalangan bulan lepas masih segar dalam ingatn wardah. sehinggakan mereka tidak menruskan perjalanan. tak mengapa. bulan ni bulan yang sungguh mendebarkan. bulan wardah akan menduduki exam SPM. mujurlah wardah menginap di asrama, study tidak terganggu. maka, ramailah guru-guru akan membuat kelas tambahan. jadual sungguh padat. minggu tersebut sunyi. sepanjang kelas 5 Abu Bakar dan 5 Umar hanya kedengaran bunyi kipas. hanya di blok tingkatan bawah sahaja yang riuh rendah. kali ini wardah tidak lagi meronda, ibarat sudah pencen..hehe.. kebiasaannya wardah akan meronda di seluruh blok. jika tdak sempat, pasti Arianna yang membantu. paling menakutkan adik-adik adalah ketua disiplin muslimat, asmahanim. adik-adik akan menghafal pngawas mana yang akan bertugas. apabila mengingati kak asmahanim yang bertugas, pasti senyap, sepi. wardah tidak digeruni, tetapi dihormati. masing-masing menjadikan wardah sebagai ikon. pernah junior-junior mengutuk tudung wardah seolah telekung..huhu.. wardah tidak peduli, dia tidak memarahi. tetapi selepas itu junior yang mengejeknya yang melabuhkan tudungnya berbanding sebelum ni.. alhamdulillah..

kring!!!!!!!

"kak wardah, boleh Nadia cakap sikit?" pengawas junior tingkatan 3, tiba-tiba muncul setelah wardah da arianna ingin keluar minum petang.

"ye Nadia, ada apa dik?" wardah bawa Nadia jalan bersama menuju ke kantin sambil menceritakan apa yan terjadi.

"kenapa kak wardah senyum?" hairan melihat Wardah dan Arianna bersahaja. bagi Nadia, soal membawa benda haram seperti handphone, mp3, barang make up, dan macam-macam lagi memang berat.

"Nadia jangan risau. Semalam akak jumpa warden, warden cakap malam ni kita buat checking dengan cikgu Nik, Guru HEM, merangkap guru displin.

"owh, patutlah akak senyum. ok, nadia simpan rahsia ni ek."

mereka jalan bersama untuk minum petang sementara menunggu waktu asar.

.............................................................................

"eh, kau tak takut phone kau kena rampas?" tanya Shila pada rakannya, Qistina. pelajar paling bermasalah.

"alah, nak takut apa. kak wardah dengan geng2 dia kan nak SPM, dah tak ambil tahu tentang semua ni. kalau kena rampas, ayah aku boleh belikan lagi."

"tapi aku rasa serba salah. hati aku tak tenang buat semua ni. salah tau Qis." cuba mengajak Qistina untuk berubah.

"Shila, kau jangan nak ajar aku. aku punya hal, kau jangan masuk campur." meninggikan suaranya, satu bilik terkejut.

"Baik, aku takkan masuk campur. aku nak belajar, jadi pelajar yang ikhlas. aku bersalah pada kak wardah. Shila teringatkan peristiwa mereka menganiyai Wardah gara-gara wardah pernah merampas phone dan mp3 mereka. akibatnya, mereka menyonteng buku tulis  wardah, menukarkan shampoo kepada sabun kain. semua itu amat menyedihkan wardah. namun wardah tidak membesarkan hal ini.

"ya Allah, aku bersalah. aku harus meminta maaf pada kak wardah." hatinya berbisik.

Dia terus menuju ke BPA (bilik pimpinan asrama). namun tiada siapa di dalamnya. tiba-tiba dia ternampak kak wardah di halaman asrama sedang menghafal surah.

"salam kak." wardah tidak menjawab.

"kak...." sambil memegang bahu Wardah.

"ye..."wardah membuka mata.

"maaf dik, akak tak perasan."

"akak khusyuk sangat." gurau Shila.

wardah hairan, selama ni Wardah tahu siapa yang cuba mengaiyainya..

"Shila nak minta maaf ek, selalu buat salah dengan akak." Shila memulakan.

"tak apa dik, akak faham. akak tak marah, akak buat semua tu sebab sayang pada adik-adik."

"terima kasih kak. kak, jom main badminton?" Shila atlet sekolah. begitu juga Wardah. kedua-duanya wakil sekolah badminton. petang tersebut mereka bermain bersama. Wardah pula sudah lama sangat tidak bermain sejak exam makin hampir.

Wardah syukur, berkat kesabarannya, Allah telah melembutkan hati seorang hamba. Wardah tahu dalam diri tiap manusia, wujud cahaya insaf. namun ia terhalang oleh kegelapan yang menguasai hati. ia adalah satu kurniaan yang amat dinanti oleh wardah. dan berkat memaafkan orang lain, ia juga telah dijadikan contoh oleh adik-adik di sekolah. terima kasih Allah.... =)

life of muslimah

TERBAIK ^_^
Tambah kapsyen

Thursday, March 8, 2012

mawar, tapi tajamnya menyakitkan ke?

menjadi mawar bukan mudah.. mawar diberi ujian dengan kecantikan yang mampu menarik perhatian lelaki2 di luar.. tapi mampukah ku bertahan? hanya tarbiyah diri dan hati bersih mampu menepis segalanya.. namun terkadang hati hampir tewas, diri diuji dengan cinta manusia.. namun harapan hanya mahu cinta dari hati seorang suami yang mengutamakan cinta Ilahi... layakkah aku? tapi Allah menjagaku dengan menyibukkan diriku dengan gera kerja Islam.. dan aku redha dan tenang menghadapinya.. walaupun hari2 hidupku diselimuti mehnah, ujian, kepayahan, namun ganjarannya sungguh manis di syurga sana. buat para muslimat sayangku sekalian, tabahkan hati andai diuji dengan cinta hamba, jika tidak diuji sebegitu, pasti ada hikmahnya.. orang diuji disayangi Allah..