~Janji Allah adalah kepastian dan nikmat syurga adalah indah~

Thursday, June 23, 2011

mengatur langkah dgn baik

peristiwa lepas mengajar Wardah agar lebih mahir dalam memimpin. setiap apa yang dilakukannya perlu berhati-hati. Em, bulan depan Wardah akan menyertai pertandingan Hafazan peringkat daerah. Hanya Wardah satu-satunya wakil hafazan sekolah. Arianna pula wakil pidato bahasa arab. Semasa di kantin, Wardah bertembung dengan ustaz yusuf, guru yang membimbing wardah untuk latihan hafazan.

"wardah, jam 11 datang ke meja ustaz. Maklumkan pada Ikram." Ikram wakil hafazan juga.

"Baik ustaz. Err, tapi...."

"kenapa?"

"jam 11, baru selesai rehat, ana dan Ikram kelas Tasawwur Islam, ust abrar. ana tak
mahu ponteng kelas dia."

"baiklah, petang ni masa prep?"

"ana kelas tambahan mate."

"anti ni, sibuknya."

"la, ana kan SPM tahun ni..hehe"

"ok lah, lepas maghrib di dewan bawah."

"Syukran ustaz.nanti ana maklum pada Ikram."

...........................................................

"Wardah, semua pimpinan muslimat dah berkumpul?"Cikgu Farah meminta kepastian.

"Sudah Cikgu, semua dah siap."

"Baik, minta semua naik bas ya. Cikgu dan Ustazah Aina ikut dari belakang."

Semua pimpinan sudah memenuhi perut bas. Mereka akan bertolak ke tapak program. Kem Kepimpinan. setiap tahun pimpinan pasti akan mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Wardah mengaminkan bacaan doa yang dibacakan oleh Adzim, rakan setugas Arianna.

 Wardah tidak duduk sebelah Arianna,tapi sebelah Farah, pengawas yang paling pasif namun dia merupakan pelajar terbaik dalam tingkatn dua. Wajahnya kelihatan kebimbangan.

"Farah, ada masalah ye?" Wardah mendekati.

"Eh! Kak Wardah." Farah terkejut. Hanya mampu melemparkan senyuman pada Wardah.

"Hehehe, terkejut ye akak duduk sebelah kamu?"

"haah kak. Akak, saya takut. saya tak pernah mengikuti mana-mana kem sebelum ni."

Tiba-tiba bas berhenti mengejut!

"Ya Allah!"