~Janji Allah adalah kepastian dan nikmat syurga adalah indah~

Thursday, June 23, 2011

mengatur langkah dgn baik

peristiwa lepas mengajar Wardah agar lebih mahir dalam memimpin. setiap apa yang dilakukannya perlu berhati-hati. Em, bulan depan Wardah akan menyertai pertandingan Hafazan peringkat daerah. Hanya Wardah satu-satunya wakil hafazan sekolah. Arianna pula wakil pidato bahasa arab. Semasa di kantin, Wardah bertembung dengan ustaz yusuf, guru yang membimbing wardah untuk latihan hafazan.

"wardah, jam 11 datang ke meja ustaz. Maklumkan pada Ikram." Ikram wakil hafazan juga.

"Baik ustaz. Err, tapi...."

"kenapa?"

"jam 11, baru selesai rehat, ana dan Ikram kelas Tasawwur Islam, ust abrar. ana tak
mahu ponteng kelas dia."

"baiklah, petang ni masa prep?"

"ana kelas tambahan mate."

"anti ni, sibuknya."

"la, ana kan SPM tahun ni..hehe"

"ok lah, lepas maghrib di dewan bawah."

"Syukran ustaz.nanti ana maklum pada Ikram."

...........................................................

"Wardah, semua pimpinan muslimat dah berkumpul?"Cikgu Farah meminta kepastian.

"Sudah Cikgu, semua dah siap."

"Baik, minta semua naik bas ya. Cikgu dan Ustazah Aina ikut dari belakang."

Semua pimpinan sudah memenuhi perut bas. Mereka akan bertolak ke tapak program. Kem Kepimpinan. setiap tahun pimpinan pasti akan mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Wardah mengaminkan bacaan doa yang dibacakan oleh Adzim, rakan setugas Arianna.

 Wardah tidak duduk sebelah Arianna,tapi sebelah Farah, pengawas yang paling pasif namun dia merupakan pelajar terbaik dalam tingkatn dua. Wajahnya kelihatan kebimbangan.

"Farah, ada masalah ye?" Wardah mendekati.

"Eh! Kak Wardah." Farah terkejut. Hanya mampu melemparkan senyuman pada Wardah.

"Hehehe, terkejut ye akak duduk sebelah kamu?"

"haah kak. Akak, saya takut. saya tak pernah mengikuti mana-mana kem sebelum ni."

Tiba-tiba bas berhenti mengejut!

"Ya Allah!"

Wednesday, May 4, 2011

wardah!!

"wardah!"lamunan wardah terhenti. Ariana dari tadi hanya memerhatikan gelagat wardah yang asyik termenung saja.
"enti kenapa? ada masalah? kalau ada masalah, cerita pada ana." Ariana adalah sahabat Wardah yang selalu ada di sampingnya. Wardah merupakan Ketua Asrama Puteri. Keadaan sebegitu selalu sahaja terjadi pada Wardah. Ariana yang merupakan Biro Kerohanian sudah dapat membaca apa yang ada difikiran Wardah.

"sila bangun siapa yang tidak turun solat subuh di musolla pagi tadi?" Riak muka Wardah serius, namun penghuni asrama puteri amat memahami watak Wardah. di luar tugasannnya dia seorang peramah dan sedaya upaya menjadi yang terbaik pada ahli penghuni aspuri. Ternyata masih ramai lagi yang masih tidak turun solat berjamaah di musollah. mereka hanya solat di dalam dorm. Ariana tahu Wardah kecewa dengan sikap pelajar aspuri.
"tidak mengapa, biar ana uruskan." Ariana mengambil alih memandangkan pagi itu Ariana yang perlu mengendalikan perjumpaan tersebut. tiap hari ahad, pelajar aspura dan aspuri akan mengadakan perjumpaan asrama. pada hari itu jugalah segala agenda akan terungkai.

'Piap!!! kejutan roti panjang ustazah fatimah hinggap di kaki pelajar yang melakukan pelbagai kesalahan. bawa barang haram, tak solat, dorm kotor, tugasan tak dijalankan dan macam-macam lagi.  Sebenarnya Wardah sudah tidak mahu melihat pelajar aspuri dirotan hanya kerana masalah kecil yang mereka sebenarnya boleh mengatasinya.

"Ariana, ana rasa kita perlu lakukan sesuatu. jikalau hanya rotan saja tiap-tiap minggu, ana rasa ia hanya menimbulkan tidak puas hati dalam diri mereka. Em, jadual usrah mereka sudah diatur Ariana?"

"sudah, ana cuma tinggal untuk tunjukkan pada ustaz Taufik saja. Beliau mahu lihat kertas kerja kita dan senarai pelajar-pelajar mengikut majmuah. Ana sudah selidik segala maklumat pelajar aspuri. pelajar aspura ana sudah minta saudara Anas uruskan."Jelas Ariana dengan penuh padat. Gayanya tetap seperti seorang pemidato memandangkan Ariana adalah wakil sekolah. Inilah yang membuatkan Wradah sering ketawa melihata gelagat sahabatnya itu. watak berbeza namun pemikiran sama. Wardah seorang yang tegas dalam segala kerjanya. begitu juga Ariana. Namun Ariana agak seorang pendiam apabila berhadapan dengan pelajar aspura. Ariana akan tunduk, jikalau boleh sampai mencecah bumi.

........................................................................

Rutin Wardah. Selesai solat subuu di musolla, Wardah siap mengenakan baju pengawasnya. Dia akan turun untuk melihat pengawas mana yang akan bertugas. Jam menundukkan jam 6.30 pagi. Wardah memikirkan untuk pergi sarapan atau tidak.

"Hari ini nasi lemak, pasti aku mengantuk dalam kelas."bisik hati Wardah.

"Eh, aku kan puasa!" jerit wardah. Namun tidak didengari sesiapa.

"Asrama tak check lagi. Jam dah pukul 7.00." Wardah mencari kelibat Aina dan Maiza memandangkan hari ini mereka berdua yang bertugas memastikan asrama bersih dan pelajar aspuri melakukan tugasan. Di aspuri, jadual membersih asrama diatur mengikut dorm. Ia diaturkan oleh Biro Kebersihan dan Keceriaan.

"Hah, itu mereka. Alhamdulillah mereka ingat."ngomel Wardah. Wardah mencapai buku yang diletaknya atas koridor lalu turun menuju ke kelas. Kelas 5 Abu Bakar As-Siddiq. Bukunya sentiasa penuh di tangannya. itulah Wardah. Prinsip Wardah memang begitu. Apabila tiba waktu lapang atau guru tidak masuk ke kelas, buku itu menjadi sahabt-sahabatnya. Buku-buku latihan SPM pelbagai subjek. Itulah kejayaan Wardah yang membuatkan dia adalah pelajar cemerlang setiap tahun.

Jam sudah mencecah 7.10 pagi. lagi 5 minit untuk ijtimak. Wardah meminta sahabat-sahabat pimpinan untuk membantunya mengerahkan pelajar SMA Maahad Al-Mizan unutk berada di tapak perhimpunan.

Setengah jam berlalu. Selesai ijtimak pelajar-pelajar menuju ke kelas. Tidak pada Wardah. Arahnya ke asrama puteri. Itulah yang akan dilakukan oleh Wardah sebagai Ketua Aspuri. Dia ingin memastikan aspuri sentiasa bersih. kalau tidak, Wardahlah orang pertama yang akan dipanggil.

"Alhamdulillah, makin baik tahap kebersihan mereka." Wardah senyum sendirian.

"Alamak, jam dah pukul 8.00! pagi ini subjek Matematik! Habislah aku! Wardah berlari menuju anak tangga. Tiba sahaja di hadapan kelas, Cikgu Haniza memandang tajam ke arah Wardah. Wardah tercungap-cungap. wardah tahu, dia sudah mengambil waktu Cikgu Haniza 20 minit. peraturan Cikgu Haniza tidak boleh lambat 10 minit!!

"Wardah!" Cikgu Haniza memanggilnya dengan nada keras.

bersambung.......

Saturday, April 30, 2011

jundullah dan ansorullah!

ana tertarik dengan maklumat tentang dibawah. ana petik dari blog salah seorang sahabat (arruhuljadid86.blogspot.com)

Berikut adalah beberapa Harakah Islamiah yang ditubuhkan selepas kejatuhan Khilafah :

1924 – Nama : Jama’ah An-NurPengasas : Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi.
Tahun / Tarikh : 1924 ( selepas kejatuhan Khilafah )
Negara : Turki.
· Bertahan selama 9 bulan sahaja dan diharamkan.

1928 – Nama :
Ikhwanul MusliminPengasas : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.
Tahun / Tarikh : 1928
Tempat : Ismailiyah.
Negara : Mesir.
Rangkaian : Jordan, Syria, Lubnan, Sudan, Afrika Utara, Iraq dan lain-lain.

1941 - Nama : Jama’ah IslamiPengasas : Sayyid Abul A’la Al-Maududi
Tahun / Tarikh : 26 Ogos 1941
Tempat : Lahore
Negara : Pakistan
Rangkaian : Benua India – Sri Lanka, Bangladesh, Afganistan, India ( 1947 – Syah Waliyullah Ad-Dahlawi ).

1944 - Nama : Parti Al-UmmahPengasas : Sadiq Al-Mahdi
Tahun / Tarikh : 1944
Tempat : Khartoum
Negara : Sudan
· Sekarang Ikhwanul Muslimin – Dr.Hasan Turabi.

1945 - Nama : Majlis Syura Muslimin ( Masyumi )Pengasas : Haji Mohammad Natsir ( Pak Natsir )
Tahun / Tarikh : 08 November 1945
Tempat : Yogjakarta
Negara : Indonesia
Diharamkan : 17 Ogos 1960

1947 - Nama :
Al-Jamahir SyabiyahPengasas : Ust Muhammad Mahmud As-Sawaf
Tahun / Tarikh : 1947
Tempat : Baghdad
Negara : Iraq
Diharamkan : 1952
· Sekarang Ikhwanul Muslimin

1948 - Nama : Hizbul MusliminPengasas : Ust Hj Abu Bakar Al-Baqir
Tahun / Tarikh : 14 Mac 1948
Tempat : Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan
Negara : Malaysia
Diharamkan : Jun 1948

1951 - Nama : Parti Islam Se-Malaysia ( PAS )Pengasas / Pimpinan : Haji Ahmad Fuad
Tahun / Tarikh : 24 November 1951
Tempat : Bagan Tuan Kecil, Pulau Pinang
Negara : Malaysia

1987 - Nama : Harakatul Muqawwamatil Islamiah ( HAMAS )Pengasas : As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin
Tahun / Tarikh : 08 Disember 1987
Tempat : Ghazzah ( Gaza )
Negara : Palestin
· Lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Palestin – 1948

1989 - Nama : Front Islamic Salvation ( FIS )Pengasas / Pimpinan : Prof Abbas Madani dan Sheikh Ali Benhaj
Tahun / Tarikh : 18 Februari 1949
Negara : Algeria
Diharamkan : 09 Februari 1992
h
1998 - Nama : Partai Keadilan Sejahtera ( PKS )Pengasas / Pimpinan : Dr.Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr.Hidayat Nurwahid
Tahun / Tarikh : 20 Julai 1998
Tempat : Jakarta
Negara : Indonesia

2001 - Nama : Parti Keadilan & Pembangunan Turki ( AK Party )Pengasas / Pimpinan : Recep Tayyip Erdogan
Tahun / Tarikh : 14 Ogos 2001
Negara : Turki
· Lanjutan dari Parti Refah – Prof Nejmuddin Erbakan
· Lanjutan dari Parti Milli Salamat.

Monday, March 14, 2011

bagaimana?

mata pena masih berjalan-jalan atas lembaran kertas....
minda masih berputar-putar memikirkan jalan dakwah yang masih jauh perjalanannya..
semakin hari, semakin kurang kader dakwah yang memikirkan jalan dakwah..
semakin hari semakin kikis semangat dakwah dalam diri insan yang bergelar pejuang..
dimana harusku mencari benih untuk menyuburkan kembali akar-akar yang telah mati,
akar yang mati telah melahirkan bunga-bunga yang telah layu...
subhanaAllah... adakah kemanisan madu dakwah makin hilang?
tidak mungkin...jangan disalahkan madu! salahkan pada lidah yang merasa!
pena menulis dua patah kata. 'satu hati'. 
ya, satu hati. masih berlegar-legar lagi di fikiran adakah hati sudah berbelah bahagi dan tidak menjadi satu?
air mata jatuh berderai tatkala merasai kepedihan kaca hati yang pecah berderai. kukutip ia namun ia berderai semula. ku cuba sedaya upaya menyambung kaca hati itu semula namun aku tidak mampu. tiba-tiba rantai kasih sayang yang ku pakai telah putus. tidak! ku sambung semula ikatan rantai kasih namun tidak boleh juga. ya Allah, kaca hati-kaca hati yang ku miliki atas jalan dakwah ini amat berharga buatku. kaca hati itu adalah sahabatku. tidak mungkin aku membiarkan ia berderai begitu sahaja. walaupun ia mengambil bertahun-tahun lamanya untuk bercantum, ku rela ya Allah. aku inginkan mereka memahami erti juang yang sebenar. aku tidak sanggup melihat mawar-mawarku dihiasi dengan rungutan, dendam, dan hati keras. lembutkanlah hati mereka agar ia lembut darim kelopak bunga mawar..


ku juga menyayangi rantai kasih sayang yang ku miliki bersama mereka. biarpun ia putus namun ku cuba sedaya upaya mencantumkan ia semula.. wahai mawar-mawarku, ketahuilah, jalan juang kita semakin hari semakin mencabar. persiapkanlah dirimu semua agar mampu meredah badai ombak ujian. bersangka baiklah dengan apa yang Allah aturkan. Allah bukan ingin membebankanmu bahkan Allah menyayangimu.. mawar-mawar kesayanganku.. yakinlah dengan Allah dan yakinlah dirimu adalah mata rantai yang menyambung perjuangan Baginda s.a.w..


mawar hijau~

Saturday, March 12, 2011

mujahidah sejati.. subhanaAllah...

subhanaAllah...dipetik dari sirah Nabi s.a.w


dari pandangan matanya, ada sinar yang bercahaya..
tutur katanya lemah lembut namun itu zahirnya sahaja..
beliaulah mawar muslimat yang berani.. KHAULAH BINTU AZWAR..
serikandi ummat, mujahidah yang menyerikan taman mawar syurga..
mkhaulah seorang yang memiliki fizikal dan jiwa yang kuat..., pandai bermain pedang,
tombak semenjak kecil..
maka Baginda s.a.w memberi jaminan kpd khaulah untuk menyertai perang bersama sof2 muslimin..


semasa berperang dengan rom, khaulah menggemparkan seluruh angkatan tentera dgn ketangkasan beliau.. meluru dalam pakaian hitam, sekali libasan pedang beliau mampu 
menumpaskan 3 musuh..subhanaAllah..
panglima Khalid Ibnu al-Walid serta seluruh tentera tercengang melihat kehebatan beliau..
mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebutyang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja..
apabila mengetahui itu adalah wanita, semangat tentera muslimin membara..
akhirnya tentera muslimin mampu menewaskan tentera  musuh...


dalam sebuah peperangan Sahura, khaulah dan beberapa mujahidah dikurung dan dikawal rapi..
namun jiwa khaulah hidup dan yakin mereka mampu menyelamatkan diri..
maka beliau memberi semangat kepasa sahabat-sahabat dan membakar api kekuatan dan akhirnya mereka mampu menyelamatkan diri..mereka rela syahid menentang pengawal2 jika ditakdirkan gagal...namun berkat kekuatan dan doa serta bantuan Allah, mereka selamat..
khaulah sempat berpesan pada mereka, 'janganlah kamu gentar dan takut, kita semua harus bersatu dan jgm ada yg terkecuali..patahkan tombak mereka..hamcurkan pedang mereka...perbanyakkan takbir kepada Allah... insyaAllah pertolongan Allah sudah dekat'.
begitulah semangat seorang mawar pejuang yang harus ada pada setiap muslimat perindu syurga yang mengharapkan keredhaanNya..

Thursday, March 10, 2011

ujianku (^_^)

2:09 AM / 11 mac 2011


mahalnya ukhwah kami dalam menyusuri jalan dakwah ini...


minda bermain-main...bermain dengan pelbagai perasaan, andaian dan hakikat..
sudut luputkah kasih sayang? dimana keikhlasan dalam hati2 yang sedang berjuang?
hilangnya kasih sayang, hilanglah segala-galanya...
hilang kasih manusia, tidak mengapa kerna ku  hanya mengharap kasih Ilahi..
hilangnya cinta Allah, ia amat menyakitkan bagiku...
namun sakitnya hatiku apabila diri ini tidak mampu melahirkan kasih sayang pada anak-anak juangku..
diri ini gagal menanam kasih sayang dalam hati sahabat-sahabatku...
diri ini gagal....
ya Allah, ku mohon ya Allah..
satukan hati kami dalam jalan juangMu...
satukan kasih sayang kami dalam naungan kasihMu...
tanamkanlah akar keikhlasan dalam lubuk hati2 kami agar ia menjadi kukuh seperti akar yang mencecah bumi..
suburkanlah ia seperti Kau menyuburkan tanaman2 yang menghasilkan buah yang sangat ranum...
pautkanlah hati dan kasih sayang kami agar sentiasa bertaut seperti mana akar2 yang menjalar...
kuatkan hati kami agar ia kuat dan mampu melawan arus deras dan ombak lautan...
sinarilah hati kami dengan nur cahayaMu sepertimana muncul sang mentari menerangi kegelapan malam..
dan redupkan hati kami dengan kasih sayang dan mahabbah dariMu..
sesungguhnya aku amat sedih jika tiada sedikit pun kasih sayang antara kami tatkala sedang menyusuri jalan dakwah bersama...aku tidak mampu mengambil hati mereka kerna ku tahu hati mereka milikMu ya Allah..
namun berilah peluang dan kesempatan padaku untuk membetulkan kembali, untukku melakar kasih dan sayang dalam hati kami agar ia sentiasa bertaut demi meneruskan jalan juangMu dalam menegakkan Islam di seluruh alam...wassalam..


 ~mawar~

Wednesday, February 23, 2011

ketumbukan dari Allah secara direct..

assalamualaikum...
bagaimana hati? bagaimana nur iman?
subhanaAllah....
bagaimana jika hatiku tidak dipeduli oleh cinta Allah?
bagaimana jika kasihku tidak dibalas dengan kasih Allah?
bagaimana jika aku tidak mendapat cinta abadi Allah?
bagaimana jika aku tidak dapat memenangi kasih suci Rasulullah?
semua itu akan terjadi bila kita meletakkan nafsu dihadapan...
semua itu akan terjadi apabila kita hidup tanpa bersandarkan kepada cinta Ilahi...
semua itu akan terjadi apabila kita tidak menjaga segalanya....
Allahuakhbar... matlamat tidak menghalalkan cara...
ku mendapat teguran secara direct dari Allah...
betapa kotornya hati, betapa hinanya diri, betapa rendahnya martabat kita sebagai hamba...
andai kata ku terus leka dengan cinta dunia, apakah nasibku?
subhanaAllah... hidup matiku untuk Islam.....
jagalah hatiku ya Allah....
peliharalah hatiku tatkala ku sedang melayari bahtera perjuangan...
sucikanlah semula kuntuman mawar-mawar yang telah ku cemari....
mawar berduri....................

~mawar~

Wednesday, February 16, 2011

MaRaTiB AmAl

 (1) Peribadi-peribadi Islam yang bakal mendokong Dakwah Islam dan teguh melalui jalan panjang hingga mencapai matlamatnya.


(2) Keluarga Islam sejati lagi mithali. Kesemua isteri dan anak-anak Nabi saw seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendokong Risalah dan melalui Jalan yang dilalui Baginda saw. Begitu juga Abu Bakar As-Siddiq didokong oleh isteri dan anak-anaknya Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asmak dan lain-lain. Tumbuhnya keluarga-keluarga Islam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar, maka lahirlah bibit sebuah.


(3) Masyarakat Islam di Mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan RasulNya saw untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membentuk sebuah kerajaan Islam.



(4) Kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw sendiri. Di Madinah, turun ayat-ayat Al-Quran mengenai Perundangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan ibadah dan sosial kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan Jihad (kekuatan dan kedaulatan) sehinggalah sempurna ciri-ciri sebuah negara Islam.
(5)Negara Islam di Madinah. Selepas Pembukaan Mekah pada tahun 630M, kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Arab datang berbondong-bondong ke Madinah mengiklankan penggabungan ketua negara, kerajaan dan rakyat masing-masing di bawah Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Abu Bakar As-Siddiq ra membentuk  Khilafah Islam.
(6)khilafah Islam : Pada masa itu, kuasa besar masih di tangan Kerajaan Rum dan Kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah saw wafat (632M), Islam mengalahkan kedua-dua Kuasa Besar tersebut di zaman Umar Al-Khattab ra. lalu Islam ditabal memimpin alam sejagat.
(7)memimpin alam sejagat :terus membimbingnya dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt.
perkongsian bersama ~mawar hijau~

Saturday, February 12, 2011

permata hati...

Wahai wanita ,
dirimu begitu berharga,
Mulianya dirimu perlu dijaga,
dijaga ibarat menjaga maruahmu,
ibarat permata indah di dasar lautan,
lautan luas yang begitu tersembunyi seribu satu nikmat,
Ditutup rapi kuat jagaanya,
Jangan sirnakan kemulian dirimu,
jangan sirnakan kecantikan dalamanmu,
Hanya atas dasar hasutan dunia,
Hanya atas dasar nafsu dijiwa,
Hanya atas dasar 2 jenis syaitan durjana,
Dari bentuk jin dan manusia,
pelbagai mehnah dan cobaan disekelilingmu,
Jadilah seindah perhiasan di dunia ini,
seindah wanita yang ditarbiyah,
wanita tarbiyah tersembunyi di dalamnya intan permata, 
kilauan yang suci lagi bersih,
Wanita solehah penghias mulia

Thursday, February 3, 2011

kesedaran apabila si mawar bercambah dalam taman dakwah!

adakah aku bersedia untuk bergelar wardatun tarbawiyyatun? ana ajukan soalan ini kepada semua mawar-mawar muslimat yang sedang bertungkus lumus menghiasi taman dakwah.. sungguh mencabar bagi jiwa-jiwa mawar kecil.. namun tidak lupa juga pada sang kumbang dan sang lebah.. sang kumbang membawa menyebarkan benih2 dakwah kepada seluruh penghuni alam ini, sang lebah pula mengambil madu yang diperoleh dari sang mawar untuk diproses menjadi madu agar ia menjadi makanan rohani bagi kita. wah, hebat sungguh ciptaan Allah. bayangkan jika mereka ini tiada, pasti kita tidak merasai kemanisan madu tarbiyah dari wardatun tarbawiyyatun..dan cuba jika kita ingin menyebarkan madu, tapi kita tidak tahu apa yag perlu dibuat dengan madu tersebut.. dalam erti kata lain, bagaimana kita ingin berdakwah, sampaikan kefahaman tapi kita sendiri tidak tahu apa yang kita ingin sampaikan. kita sendiri mengalami masalah untuk memahami apa perjuangan yang sebenar...inilah perlu kita baiki agar kita tidak menjadi fitnah kepada Islam..jika mawar-mawar, kumbang2, lebah memahami tugas mereka untuk seluruh alam, pasti kita juga tahu apa tanggugjawab kita kepada Islam.. deenul Islam...jika tidak mampu untuk mencapai wardatun tarbawiyyatun, percayalah, dirimu telah digelar wardatun tarbawiyyatun wahai mawar muslimah... begitu juga kepada si kumbang, dirimu digelar umar al-mujahid..

Wednesday, February 2, 2011

kelahiran mawar dan kumbang kecil...


 mawar kembang mekar di sebuah taman yang dihiasi mawar-mawar yang berduri..kelihatan sag kumbang dan sang lebah cuba memikat si mawar-mawar di taman, namun apakan daya, ketajaman duri iman sang mawar sungguh bermakna untuk mempertahankan keaslian kecantikan mereka..manakan tidaknya, si mawar tidak akan mudah menyerahkan madu mereka sewenang-wenangnya pada sang kumbang emas melainkan melalui syariat yang berlandaskan perisai Islam.. mahalnya maruah sang mawar tidak mampu dibeli dengan nilai wang.. begitu juga apa yang diimpikan sang mawar... mengimpikan kelahiran sang mawar kecil dan kumbang kecil yang lahir dari acuan si ibu mawar yang digelar wardatun tarbawiyyatun...indahnya jika kita mampu melahirkan generasi-generasi tarbiyah yang inginkan madu tarbiyah... sang mawar kecil dan kumbang kecil  pula dididik agar dia mampu menjadi serikandi tarbiyah.. sang mawar dan kumbang kecil, ku menanti kehadiranmu...... (u_u)

Thursday, January 27, 2011

rehlah mahabbah

subhanaAllah... mahalnya nilai ukhwah yang Allah ukirkan.. ana tidak mahu lepaskan ukhwah ini walaupun ia 'mahal'... adakah ia akan bertahan?? halaqoh bersama-sama, suka duka bersama-sama, dan pahit manis bergerak kerja bersama.. sakit yang ku rasa adalah untuk sahabat-sahabat.. butir-butir cinta ukhwah kami adalah kerana Allah semata-mata.. Dia lebih mengetahui segalanya.. lindungi dari berputus asa ya Allah.. ampunkan segala khilaf kami.. banyak kenangan manis kami bersama... (^_^)

madu tarbiyah..

hati mudah terusik, jiwa mudah gundah gelana, namun pergantungan pada Rabbul Izzati perlu teguh.. tarbiyah hati dalam jiwa perlu kuat, carilah makanan rohani walau di mana saja.. Allah telah menghadiahkan madu tarbiyah pada kita di mana saja... andai kita keseorangan, carilah teman2 yang boleh bersama dan membawa kita ke arah Islam.. berjamaah lah.. tidak salah, pilihan di tangan kita.. individu muslim-baitul muslim-masyrakat muslim-kerajaan Islam-daulah Islam.. nk mencapai kepada daulah perlu ada teras yang kuat. intima'lah dalam jamaah..jamaah yang menegakkan daulah Islamiyah..gerakan Islam, gerak kerja Islam.. sahabat2ku, ana syg semua.. terima kasih kerana sanggup korban segalanya untuk bergerak kerja dalam Islam..