~Janji Allah adalah kepastian dan nikmat syurga adalah indah~

Saturday, March 12, 2011

mujahidah sejati.. subhanaAllah...

subhanaAllah...dipetik dari sirah Nabi s.a.w


dari pandangan matanya, ada sinar yang bercahaya..
tutur katanya lemah lembut namun itu zahirnya sahaja..
beliaulah mawar muslimat yang berani.. KHAULAH BINTU AZWAR..
serikandi ummat, mujahidah yang menyerikan taman mawar syurga..
mkhaulah seorang yang memiliki fizikal dan jiwa yang kuat..., pandai bermain pedang,
tombak semenjak kecil..
maka Baginda s.a.w memberi jaminan kpd khaulah untuk menyertai perang bersama sof2 muslimin..


semasa berperang dengan rom, khaulah menggemparkan seluruh angkatan tentera dgn ketangkasan beliau.. meluru dalam pakaian hitam, sekali libasan pedang beliau mampu 
menumpaskan 3 musuh..subhanaAllah..
panglima Khalid Ibnu al-Walid serta seluruh tentera tercengang melihat kehebatan beliau..
mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebutyang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja..
apabila mengetahui itu adalah wanita, semangat tentera muslimin membara..
akhirnya tentera muslimin mampu menewaskan tentera  musuh...


dalam sebuah peperangan Sahura, khaulah dan beberapa mujahidah dikurung dan dikawal rapi..
namun jiwa khaulah hidup dan yakin mereka mampu menyelamatkan diri..
maka beliau memberi semangat kepasa sahabat-sahabat dan membakar api kekuatan dan akhirnya mereka mampu menyelamatkan diri..mereka rela syahid menentang pengawal2 jika ditakdirkan gagal...namun berkat kekuatan dan doa serta bantuan Allah, mereka selamat..
khaulah sempat berpesan pada mereka, 'janganlah kamu gentar dan takut, kita semua harus bersatu dan jgm ada yg terkecuali..patahkan tombak mereka..hamcurkan pedang mereka...perbanyakkan takbir kepada Allah... insyaAllah pertolongan Allah sudah dekat'.
begitulah semangat seorang mawar pejuang yang harus ada pada setiap muslimat perindu syurga yang mengharapkan keredhaanNya..

No comments:

Post a Comment