~Janji Allah adalah kepastian dan nikmat syurga adalah indah~

Monday, March 14, 2011

bagaimana?

mata pena masih berjalan-jalan atas lembaran kertas....
minda masih berputar-putar memikirkan jalan dakwah yang masih jauh perjalanannya..
semakin hari, semakin kurang kader dakwah yang memikirkan jalan dakwah..
semakin hari semakin kikis semangat dakwah dalam diri insan yang bergelar pejuang..
dimana harusku mencari benih untuk menyuburkan kembali akar-akar yang telah mati,
akar yang mati telah melahirkan bunga-bunga yang telah layu...
subhanaAllah... adakah kemanisan madu dakwah makin hilang?
tidak mungkin...jangan disalahkan madu! salahkan pada lidah yang merasa!
pena menulis dua patah kata. 'satu hati'. 
ya, satu hati. masih berlegar-legar lagi di fikiran adakah hati sudah berbelah bahagi dan tidak menjadi satu?
air mata jatuh berderai tatkala merasai kepedihan kaca hati yang pecah berderai. kukutip ia namun ia berderai semula. ku cuba sedaya upaya menyambung kaca hati itu semula namun aku tidak mampu. tiba-tiba rantai kasih sayang yang ku pakai telah putus. tidak! ku sambung semula ikatan rantai kasih namun tidak boleh juga. ya Allah, kaca hati-kaca hati yang ku miliki atas jalan dakwah ini amat berharga buatku. kaca hati itu adalah sahabatku. tidak mungkin aku membiarkan ia berderai begitu sahaja. walaupun ia mengambil bertahun-tahun lamanya untuk bercantum, ku rela ya Allah. aku inginkan mereka memahami erti juang yang sebenar. aku tidak sanggup melihat mawar-mawarku dihiasi dengan rungutan, dendam, dan hati keras. lembutkanlah hati mereka agar ia lembut darim kelopak bunga mawar..


ku juga menyayangi rantai kasih sayang yang ku miliki bersama mereka. biarpun ia putus namun ku cuba sedaya upaya mencantumkan ia semula.. wahai mawar-mawarku, ketahuilah, jalan juang kita semakin hari semakin mencabar. persiapkanlah dirimu semua agar mampu meredah badai ombak ujian. bersangka baiklah dengan apa yang Allah aturkan. Allah bukan ingin membebankanmu bahkan Allah menyayangimu.. mawar-mawar kesayanganku.. yakinlah dengan Allah dan yakinlah dirimu adalah mata rantai yang menyambung perjuangan Baginda s.a.w..


mawar hijau~

No comments:

Post a Comment